|

SMU (A) MAAHAD DARUL
ANUAR yang dahulunya dikenali sebagai SMU(A) DARUL ANUAR telah
diasaskan oleh Allahyarham Tok Guru Nik Mat yang bergelar "Tokku
Mat".
Pada awalnya hanya
terdapat beberapa orang pelajar yang belajar agama dengan almarhum
Tokku Mat,tetapi selepas Nik Abd Aziz pulang dari mesir selepas
menuntut di Darul Ulum,India dan Universiti Al-Azhar selepas 10
tahun,pondok itu diambil alih oleh Nik Abd Aziz sendiri pada tahun
1963 dengan menukar kepada sekolah ugama.
Nik Abd Aziz telah
diberi kepercayaan oleh ayahnya untuk mengendalikan sekolah agama
itu memandangkan beliau adalah orang yang paling layak kerana beliau
adalah anak lelaki sulong daripada 18 adik beradiknya serta
berpelajaran tinggi dalam ilmu agama.
Terdapat kira-kira
100 orang pelajar dan 7 orang guru ketika Nik Abd Aziz mengambil
alih pondok itu.Kebanyakan pelajarnya adalah bekas pelajar pondok
dan rata-rata adalah pelajar dari sekitar daerah tersebut.
Pada masa
tersebut terdapat 2 sesi yang dijalankan oleh sistem sekolah. Sesi
pagi bagi pelajar lelaki dan petang bagi pelajar perempuan.Pada
sebelah pagi,mudir yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan
pelajar lelaki ialah Ustaz Abdul Rahman (Imam Masjid Kedai Lalat)
manakala sebelah petang pula dikendalikan oleh Encik Muhamad bin
Ibrahim. Namun Encik Muhamad bin Ibrahim tidak kekal lama berkhidmat.
Oleh itu secara tidak langsung Ustaz Abdul Rahman terpaksa memikul
untuk mengendalikan kedua-dua sesi. Ustaz Abdul Rahman telah
berkhidmat selama 15 tahun. Sepanjang perkhidmatannya beliau telah
banyak menabur bakti dalam mempergiatkan dan memperkembangkan
perjalanan aktiviti sekolah.

|